8 Feb 2014

TAARUF WEEK SEM2 2013/2014

Assalamulaikum,

Entry kali ini mengenai al kisah hidup sebagai first year di UIA(Gombak),untuk adik2 atau sahabat2 yg akan masuk ke UIA insyaAllah diminta ada kecekalan hati dan kesihatan fizikal yang mantap.Entry ni bukan bertujuan nak menakutkan,entry ni hanya untuk perkongsian maklumat yg mungkin dapat membantu.

Jejak sahaja kaki dalam gedung ilmu ni,bergelar la anda student,dan sudah menjadi kebiasaan di mana-mana universiti di seluruh malaysia mengadakan MINGGU ORIENTASI ataupun di UIA dikenali sebagai TAARUF WEEK yg membawa maksud minggu berkenal-kenal. hahaha..pelik sungguh bahasa Kak Jah .

Taaruf Week ni memang biasa senior la yg akan handle kan.Dan dalam masa seminggu kita akan jadi hamba pd senior-senior ni kan, atau pada bahasa baiknya jadi adik-adik dorang.Nak katanya kat sini,taaruf week aku bersyukur sebab 3 hari je,Kenapa 3 hari? sebab cuti tahun baru cina,so Taaruf Commitee memang tak boleh nak buat apa lah,kena ikut jugak kan,so dorang pun kena atur program sehabis daya dan penat lelah.

Bercakap pasal commitee ni,adat dunia ada yg baik ada yg terlebih baik  tidak kurang juga yg macam baru lepas dari ..korang tau la sendiri .Astaghfirullah,hanya tuhan yg tahu.Pesan Kak Jah korang kena ikut la rules n regulation informed earlier by them ok! Kalau tak nahas,aniaya,dapat kat korang!.Sabar untuk seminggu je.Lepas seminggu tu buatlah apa korang nak buat pun,bukan under their power dah,PAK GUARD yg akan perhati korang. Dah besar,sendiri fikir mah.



Gambar atas ni gambar Kak Jah dgn my beloved roomate.Teman seperjuangan katanya.Baju batik purple tu baju batik official batch kami,and we had to wear it in BAI'AH CEREMONY.Bai'ah ceremony ni ialah majlis aku janji(ikrar) as a student in IIUM.



Tak senonoh betul aku dalam gambar ni,ntah apa yg tak senonohnya. Baju purple kuning ni pulak baju official batch kami jugak.Since tak ada masa nak pakai baju ni dalam Taaruf Week,so we decided to wear them in CULTURAL NIGHT.Dimana pada malam tu,semua persatuan kebudayaan yg ada dalam IIUM buat persembahan.They combined and performed such a world class performance. Kak Jah tabek la dgn dorang!!


Tu emcee untuk malam tu,aku duduk center punya,,sedap sikit pemandangan.sbenarnya ada gambar lain.Tapi tak tau gambar yg lain pi mana,PEsan Kak Jah,kalau ada event macam  ni ,pergi!!,Jangan tak pergi.tak menyesal.MEmang best,yang paling best persembahan ZAPIN dan TEATER .ZApin tu dorang combine lagu NOranizah Idris yg tradisional tu dgn lagu Pitbull,memang pergh lah!! serious talk ni beb. LAin lagi persembahan band dan puisi,gamelan,caklempong. Wa saran lu pegi la. 

THe end of this entry,I feel so happy and grateful to be here,as a muslim and as a human insyaALLAH,even this university can't be the best in the universe,but I can see their effort to be the best and the top islamic university. No one can change yourself if dont want to do so.


p/s: Semakin jauh kita menjelajah,semakin ramai org yg kita kenal,semakin banyak karenah org yg kita tahu,semakin terdedah kita dengan dunia luar,semakin mudah kita terpengaruh,Hanya diri sendiri yg dapat ubah kita berbekalkan iman dan ilmu didada.

1 Feb 2014

Pengalaman ---> Pengajaran

Bismillahirahmanirrahim

Assalamulaikum,

Alhamdulillah kini aku secara rasminya bergelar mahasiswa a.k.a student di IIUM Gombak stands for International Islamic University Malaysia atau orang ramai selalu sebut UIA. Sama ja maksud dia.:)
Now I'm currently taking Bachelor In Engineering (Electronic-Computer and Information) insyaAllah.Moga Allah permudahkan segala urusan.

Berbalik ke cerita asal yg nak dikongsi.Peristiwa dalam hidupku iaitu  untuk pertama kalinya  aku berurusan sendiri utk sampai ke Karak (rumah abg) daripada Tawau Sabah (hometown). Bermula lah cerita bila aku dpt tahu aku akan balik ke hometown last year.Betapa gembiranya hati.Tak nak menyusahkan si abg yg sibuk dgn jadual kerjanya,aku pun buat keputusan naik bas dr Bandar Karak pi Kuala Lumpur.Yup,I did it. Hanya dgn membonceng motosikal abg aku dgn  tiga buah beg. Satu beg galas,satu beg besar,satu beg letak kat bahu. Bukan tak nak pakai kereta,kebetulan masa aku nak naik bas sama dgn masa abg aku nak pergi kerja, So,jadi minah bonceng la aku dgn tiga buah beg yg agak jugak la beratnya.

By only taking bus to Pekeliling,it was too normal for me since masa kat CFS dulu memang akan ambil bas kat situ kan. That day was really different,aku kena naik bas dr Karak pi Pekeliling,dr Pekeliling naik monorel stesen Titiwangsa.Sampai Masjid Jamek tukar pulak naik LRT pi KL Sentral.
Di KL Sentral,I arrived early since I afraid that I'll miss buses yg pi LCCT.My sister promise me she'll accompany me there since I never taking bus from KL Sentral to LCCT.

Sesampainya aku kat KL Sentral tu my sister said that she'll arrive a little bit late since it was raining hardly at her place.Aku kat KL Sentral tu dah serupa PATI yg tengah tunggu bos yg aku tak kenal,PATI yg first time sampai kat Malaysia.Dgn beg diheret ke sana ke mari.And my mom kat Sabah keep calling me because she worried about me yg sorang2 kat KL Sentral tu.My mom punya risau sampai dia suruh pi rumah pacik kat Setiawangsa.Mak aku terus2 call and my sister pun tak sampai2 dalam masa yg sama aku nak kencing.Mcm mana aku nak pi toilet dgn barang2 aku yg byk gila tu.Ohmaigaddd. Dalam keadaan stress begitu la aku rasa pelbagai rasa,.Airmata nak mengalir dah,aku tahan.Nanti mengalir karang pelik pulak org.
"Kena tinggal pakwe ke nak?"
"Sesat ke?"
"Nak ke mana?"

Dalam fikiran aku yg tak menentu  dalam surau masa tu,aku pun mengheret beg2 aku pi toilet.Aku risau beg2 aku kena curi since makcik cleaner tu dah ingatkan aku. Sesampainya aku kat toilet. Pergh! Org beratur punya ramai.Tempat besar toilet sikit.Apa ceritaaaa??!! 

Nak dekat sejam setengah ke dua jam jugak la aku tunggu my sister datang pi sekali naik bas pi LCCT.Naik bas pi LCCT aku tak risau sangat. Aku boleh insyaAllah.Masalahnya sekarang ni,aku kena bermalam kat airport tu,siapa nak teman aku??Gila wei,macam macam Aznil boleh jadi.

Sampai2 ja akak aku,terus pi ambil bas,Dalam bas bercerita, Rupa-rupanya dua2 nangis sebab my mom called both of us. Disebabkan kerisauan mak kami buat beliau tension sekaligus bagi kami tension tu.If all of u know what I mean.

Sampai LCCT,makan bekalan makanan yg dibwak dari rumah.Stay kat Restoran yg dekat dgn airport tu.




Alhamdulillah selamat  kami sampai.Sampai agak pukul 9 malam kat LCCT.Kena tunggu agak2 8 jam utk ke pagi sebab my flight pukul 7.15. tapi kan kita kena check in awal.Subhanallah,ujian memang ujian.
Masa kat airport tu ada sorang sebaya abg aku jugak la tumpang cas phone kat laptop aku sebab tak dak suis yg elok melainkan suis yg aku pasang charger laptop aku.TEEHEE  
Dia kongsi ceritanya semasa belajar and kerja dia.Siap bagi nasihat lagi Alhamdulillah.

Alhamdulillah seat tepi tingkap Iolls dapat.


Sampai di airport Tawau,kebahagian keterujaan semua ada.Kisah di Tawau akan dikongsi dalam entry yg berlainan.:)
Entry akan bersambung.





p/s: Dalam diri kena ada keyakinan utk buat pembaharuan yg mungkin agak sukar pada mulanya tapi memberi kesan jangka masa panjang yg memanfaatkan semua org.