31 Aug 2014

Salahkah Aku

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum

Bila jahit rose je mesti kena buka cerita tak kisahlah drama kah apa,Memandangkan aku kat rumah.Wifi on.Buka youtube je la uolls.Baiklah.Search punya search.Berkenan pulak dengan satu cerita ni.
Salahkah Aku.Pelakonnya Sein dan Alzalna kalau tak silap aku lah.Aku tertarik gila dengan cerita ni sebab jalan ceritanya yg sangat-sangat  buat aku tak tahu nak cakap apa.Samaada nak kesian kan Allyssa atau Adam.Ini cerita first rasanya yang buat aku diam tak tahu nak maki siapa?Kah(nampak sangat jahat aku kat situ ye)



Ok.Sinopsis sikit.Cerita ni mengisahkan pasangan Allysa dan Adam yg pada mulanya Adam seorang yg alim manakala Alysa seorang yg suka bersosial.Adam selalu nasihat isterinya untuk tinggalkan kehidupan yg macam tu.Alysa rasa terkongkong.Adam  rasa bersalah.Disebabkan terlalu sayangkan isterinya,Adam berubah menjadi seorang yg bersosial.Ke kelab malam bersama isterinya.Alysa bahagia sebab ramai kawan-kawannya memuji Adam.Start dari situ,Alysa rasa tercabar.Alysa rasa insaf.Alysa dapat hidayah untuk berhijrah meanwhile Adam masih dalam kehidupan bersosial tu dan langsung tidak mempedulikan penghijrahan Alysa,ditambah lagi hubungan Adam dengan Amirah kawan baik Alysa membuatkan Alysa semakin kecewa dan mengambil keputusan untuk berpisah buat sementara waktu.Adakah Adam akan memujuk Alysa?Adakah Adam akan berubah? Mampukah Alysa bertahan?

Agak-agak kalau aku  buat sinopsis gini ada orang nak beli buku aku tak?Kah,by the way,aku syor kan kat korang tengok cerita ni.Link aku tinggal kat bawah nanti.

Sebenarnya aku nak sentuh main idea dalam cerita ni dimana Alysa tak dapat terima Adam pada mulanya sebab Adam ZUHUD.Rumah dorang kecil.Alysa tak suka.Adam nak ZUHUD.

so wait??Betulakah cara Adam zuhud?MAcam tu kah yang dimaksudkan zuhud?zuhud tu apa?
Mungkin ramai yang selalu dengar orang cakap zuhud kan

Eh tak boleh Man rumah besar2 ni,kau kena zuhud


Ish,aku taknak lah beli mesin basuh,aku kena zuhud,aku mampu lagi ni ha nak basuh baju


Biarlah aku tinggal kat pondok ni je,zuhud.

So,korang rasa,contoh2 dialog kat atas betul??Betul??Salah?Bukan Islam tuntut?
BErbalik kepada maksud asal ZUHUD.Dalam istilah bahasanya.Yes.Meninggalkan dunia.Tapi kita tak boleh directly ambil maksud bahasa tu teruskan amalkan dalam kehidupan seharian.Kita kena kaji.,apa
Rasulullah pesan.

Dunia ini tanaman untuk akhirat

Kita tak boleh nak tinggalkan dunia semata-mata nak kejar zuhud tu.Kita kena faham apa tugas Allah bagi kita di dunia.Bukan menikmati apa yang Allah bagi,Allah suruh kita menghargai,berbakti,beramal dengan apa yg Allah bagi.Bermewah boleh,tapi kau kena ingat.Bermewah untuk apa?Duit kau banyak,kau ada tolong orang miskin?Kau hati kau kata apa sewaktu kau banyak harta?Miskin?Pun boleh,tapi kena faham.Kita di dunia ni Allah dah bagi tugas.Tak kisah lah pangkat kkita apa,kita kena faham tugas kita as a KHALIFAH.Tak dapat jadi pemimpim pada keluarga.pimpin diri sendiri dahulu.Aku tak nak cakap panjang.Sebab aku bukanlah ilmuwan yg tahu pelbagai hal.Aku nak share artikel yg aku baca ni je selepas aku tengok cerita Salahkah Aku tadi.Alhamdulillah,Ni artirkel tu eh. ZUHUD  . korang kena baca tau sebab dunia yg patut korang tahu Wajib,sunat,harus atau Haram kita control.You have to read.
Aku tersentuh dengan dialog Alysa dalam cerita ni satu je.

ZUHUD IALAH MENGUASAI DUNIA TANPA IA MENGUASAI KITA.TANGAN MENGGENGGAM DUNIA TAPI HATI MEMANDANG AKHIRAT


ni cerita tu klik je.



28 Aug 2014

Wajah Baru Semangat Baru

Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah,Dengan mem'private'kan blog ni selama 3 hari dapatlah aku mengubah 360 darjah wajahnya.Yes.Before ni aku guna blogskin.Pap! Daripada classic terus tukar ke simple template.Masa aku guna blogskin tu bukan main lagi aku agung-agungkan blogskin aku tu kan.Tapi,pada hakikatnya aku tak bahagia sebab I can't design for my own blog,I had to follow whatever design offered 100%.Boleh je tukar ikut suka hati,Tapi susah!For me lah.Yang expert tu mesti senang je kan.

Nak dijadikan cerita,dah lama dah aku nak tukar ke simple template,tapi???Bila aku bukak je nak edit html,I was like APA INI????? I try to find easy code for me to edit,but I can't.All I can see ulat-ulat huruf coding bagai.AHHHH.Aku stress.Then I google lah how to edit those html coding kan,Then I found it.Click on it!!!.



Aku tak perasan yg nombor bawah 13 tu  dah 600++.So bila dah click,Jumpa la coding yang biasa aku guna.One more thing yg aku sakit hati bila aku nak cari code kan.Biasa kita tekan ctrl+f then akan keluar kotak kat atas tu kan.Macam ni.


Bila aku nak cari code for example h2 tu kan,Pakai yg kat atas tu memang tak kan jumpa,Yg tu lah aku guna dulu,Haram jadah tak dapat apa.Then malam pertama lepas aku tukar (ish bukan malam pertama tu lah!! Nakal..:P) lepas aku tukar pi simple template.Tekan punya tekan ,then dapat lah kotak search dalam coding box tu,dengan syarat korang kena la click something in that box baru la ctrl+f.


Betul lah kata orang hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.Dalam bahasa aku,kau nak kau buat,kau taknak kau bagi alasan.Noktah!Senang kan nak faham.Segala bagai tutorial ni majoriti aku ambil dari blog kak Lyssa,A famous name bila kau google tutorial blog.Serius tutorial dia semua senang nak catch up.Tapi ada je tutorial yg aku ikut tak jadi,Pasal tu,aku kena google orang lain punya tutorial pulak,ACHIEVEMENT UNLOCKED.Kalau tak jadi jugak,Aku kena check coding tu one by one apa yg tak kena.Fuh.Dapat alhamdulillah.LEVEL UP.Kalau tak dapat.Aku nak jugak cari sampai dapat.Bak kata pepatah yg aku cakap tu la.Dalam versi Sabah pulak.
Kau mau,kau buat,kau nda mau,kau mintak puji situ temberang  pemalas macam apa sejjak situ,
Nah.Lain sikit kan bunyinya.Tapi takpa.Maksud sampai jugak kan?KahKah.


LEpas ni aku dah boleh update new entry dengan bahagianya.InsyaAllah.Dengan wajah baru blog iolls.Korang rajin-rajin click la nuffnang aku ye.Hikhik.


Hendak seribu daya.Tak hendak seribu dalih.Disaat kau tidak mahu mencuba.Ada orang lain yang tidak berputus asa untuk terus mencuba,Dan ketika itu jugaklah orang itu menambah ilmunya.Dan kau??Masih disitu lagi termenung membuang masa tiada kemajuan diri.:)


20 Aug 2014

Aiskrim Sedap Dan Mudah

Assalamulaikum.

Ya Allah.Tengok last updated entry bila? February?Blogger kah namanya kalau update blog nak hampir setahun sekali.Ok la.Alasan masih sama.Takda masa tapi idea bersepah.Baiklah.Taknak banyak buang masa,memandangkan aku baru cuti sem,InsyaAllah banyak lah aku update entry ye.Untuk hari ini aku nak share resepi aiskrim!Aku dah lama nak makan aiskrim.Disebabkan duduk rumah takda nak buat apa.Iolls google je la.Dunia hujung jari katakan.found it!!So aku dengan baik hatinya nak share dengan kalian semua.Try tau.Sebab benda ni sangat2 senang dan sangat membahagiakan bila bahan2 ada kat rumah.



Supposedly I want to try oreo icecream.Ahh!!Lupa nak beli oreo.tapi nak makan asikirm jugak.Then I just add this cylinder thing with milo.Dont bash me ya.takkan aku nak buang milo yg memang dah berkurun dalam almari abang aku kat rumah ni kan.uolls semua tahu kan how to boycott with hikmah.Ok lets start our job.



Bahan-bahan

1/2  tin susu pekat (saiz medium tu)
1     tin susu cair
1     sudu teh esen vanila
1     sudu ovalette
1     biji telur
perisa or color


Ok dah prepare?
Bismillah.
Campur semua bahan2 atas tu kecuali perisa or color yang korang nak letak.Kacau guna mixer / guna blender pun boleh.Biar dia dalam 20 minit.Dah selesai 20 minit.Letak dalam bekas.Korang boleh bahagi2 berapa2 korang nak perisa.Dah letak dalam bekas masing2.Letaklah perisa korang kan.Kalau aku,aku  letak milo dan benda cylinder tu,Kalau korang nak letak biskut oreo tu,pastikan hancurkan dia dulu tau.Kalau oreo,For sure rasa macam oreo mcflurry.Perghh!.so tak payah lah korang nak ke Mcd untuk beli aiskrim tu,dah boleh buat sendiri, KAN BOIKOT???
Oh ya peringatan,Yang tentukan kemanisan aiskrim korang tu adalah susu pekat,Bagi yg tak suka manis.Letak 1/4 tin tu pun aku rasa ok dah.Manis sangat tak elok.


Ok.Bagi terliur sikit.Sedap!!!!Nak makan lagi.hee.Selamt mencuba!!