16 Sept 2014

Wanita Itu Akalnya Pendek

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wahai hamba Allah semua.
Alhamdulillah aku dah sampai UIA for my new sem.Nothing much to say,all is well insyaAllah.Nak dijadikan cerita last night I got a text from my friend.A infinity touched text.So tak mau banyak cerita.Do read it.
baca jngn x baca ;
Sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.  
BACALAH DENGAN IKLHAS YE, INGATAN BERSAMA, ALLAHU,          JAHILNYA AKU SELAMA NI        
~Musta'mal~.....
          -
Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..          kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....
.      
syeikh: kamu suka dia?     
fulan: ya syeikh....    

syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?        
fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...        
.
syeikh: bila kamu akan menikahinya?        
fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...        
.
syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?
kamu bukan nak menikah sekarang? kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?
kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?   
bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?      kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia, dia sukakan kamu, bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci? bukankah cara itu lebih suci?       
wanita umpama air mutlak, mereka suci, tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab, apatah lagi ber couple, wanita itu umpama air musta'mal..
ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis dan sebagainya..
apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?
-
Sesungguhnya wanita ini akalnya pendek, nafsu mereka didepankan atas segalanya, kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu, mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran..    
-
sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah, tapi sekiranya mereka belum sedia, contohnya mereka masih belajar dan sebagainya, jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya, tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..   
-
itu tandanya akal mereka sangat pendek.. nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka..
-
bagi kamu, couple, chatting, cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana Allah haramkan kita untuk dekati zina....
-
dekati zina pun tak boleh, makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina, tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....       
-
jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...
sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....
-
apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?      
-
Memang para wanita walaupun akal pendek, tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi...
-
fb, phone, twitter, internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...
-
wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu (tak mau orang lihat wajah mereka) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya...       
-
sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka, bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka.. jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari Rasulullah kalau bukan LELAKI???
lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah...
-
korang ada akal kuat..korang tak bodoh..
korang nak memusuhi Allah dan Rasul, itu hak korang..    
tapi korang kena sedar[truncated by WhatsApp] baca jngn x baca ;
Sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.  
BACALAH DENGAN IKLHAS YE, INGATAN BERSAMA, ALLAHU,          JAHILNYA AKU SELAMA NI        
~Musta'mal~.....
          -




31 Aug 2014

Salahkah Aku

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum

Bila jahit rose je mesti kena buka cerita tak kisahlah drama kah apa,Memandangkan aku kat rumah.Wifi on.Buka youtube je la uolls.Baiklah.Search punya search.Berkenan pulak dengan satu cerita ni.
Salahkah Aku.Pelakonnya Sein dan Alzalna kalau tak silap aku lah.Aku tertarik gila dengan cerita ni sebab jalan ceritanya yg sangat-sangat  buat aku tak tahu nak cakap apa.Samaada nak kesian kan Allyssa atau Adam.Ini cerita first rasanya yang buat aku diam tak tahu nak maki siapa?Kah(nampak sangat jahat aku kat situ ye)



Ok.Sinopsis sikit.Cerita ni mengisahkan pasangan Allysa dan Adam yg pada mulanya Adam seorang yg alim manakala Alysa seorang yg suka bersosial.Adam selalu nasihat isterinya untuk tinggalkan kehidupan yg macam tu.Alysa rasa terkongkong.Adam  rasa bersalah.Disebabkan terlalu sayangkan isterinya,Adam berubah menjadi seorang yg bersosial.Ke kelab malam bersama isterinya.Alysa bahagia sebab ramai kawan-kawannya memuji Adam.Start dari situ,Alysa rasa tercabar.Alysa rasa insaf.Alysa dapat hidayah untuk berhijrah meanwhile Adam masih dalam kehidupan bersosial tu dan langsung tidak mempedulikan penghijrahan Alysa,ditambah lagi hubungan Adam dengan Amirah kawan baik Alysa membuatkan Alysa semakin kecewa dan mengambil keputusan untuk berpisah buat sementara waktu.Adakah Adam akan memujuk Alysa?Adakah Adam akan berubah? Mampukah Alysa bertahan?

Agak-agak kalau aku  buat sinopsis gini ada orang nak beli buku aku tak?Kah,by the way,aku syor kan kat korang tengok cerita ni.Link aku tinggal kat bawah nanti.

Sebenarnya aku nak sentuh main idea dalam cerita ni dimana Alysa tak dapat terima Adam pada mulanya sebab Adam ZUHUD.Rumah dorang kecil.Alysa tak suka.Adam nak ZUHUD.

so wait??Betulakah cara Adam zuhud?MAcam tu kah yang dimaksudkan zuhud?zuhud tu apa?
Mungkin ramai yang selalu dengar orang cakap zuhud kan

Eh tak boleh Man rumah besar2 ni,kau kena zuhud


Ish,aku taknak lah beli mesin basuh,aku kena zuhud,aku mampu lagi ni ha nak basuh baju


Biarlah aku tinggal kat pondok ni je,zuhud.

So,korang rasa,contoh2 dialog kat atas betul??Betul??Salah?Bukan Islam tuntut?
BErbalik kepada maksud asal ZUHUD.Dalam istilah bahasanya.Yes.Meninggalkan dunia.Tapi kita tak boleh directly ambil maksud bahasa tu teruskan amalkan dalam kehidupan seharian.Kita kena kaji.,apa
Rasulullah pesan.

Dunia ini tanaman untuk akhirat

Kita tak boleh nak tinggalkan dunia semata-mata nak kejar zuhud tu.Kita kena faham apa tugas Allah bagi kita di dunia.Bukan menikmati apa yang Allah bagi,Allah suruh kita menghargai,berbakti,beramal dengan apa yg Allah bagi.Bermewah boleh,tapi kau kena ingat.Bermewah untuk apa?Duit kau banyak,kau ada tolong orang miskin?Kau hati kau kata apa sewaktu kau banyak harta?Miskin?Pun boleh,tapi kena faham.Kita di dunia ni Allah dah bagi tugas.Tak kisah lah pangkat kkita apa,kita kena faham tugas kita as a KHALIFAH.Tak dapat jadi pemimpim pada keluarga.pimpin diri sendiri dahulu.Aku tak nak cakap panjang.Sebab aku bukanlah ilmuwan yg tahu pelbagai hal.Aku nak share artikel yg aku baca ni je selepas aku tengok cerita Salahkah Aku tadi.Alhamdulillah,Ni artirkel tu eh. ZUHUD  . korang kena baca tau sebab dunia yg patut korang tahu Wajib,sunat,harus atau Haram kita control.You have to read.
Aku tersentuh dengan dialog Alysa dalam cerita ni satu je.

ZUHUD IALAH MENGUASAI DUNIA TANPA IA MENGUASAI KITA.TANGAN MENGGENGGAM DUNIA TAPI HATI MEMANDANG AKHIRAT


ni cerita tu klik je.



28 Aug 2014

Wajah Baru Semangat Baru

Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah,Dengan mem'private'kan blog ni selama 3 hari dapatlah aku mengubah 360 darjah wajahnya.Yes.Before ni aku guna blogskin.Pap! Daripada classic terus tukar ke simple template.Masa aku guna blogskin tu bukan main lagi aku agung-agungkan blogskin aku tu kan.Tapi,pada hakikatnya aku tak bahagia sebab I can't design for my own blog,I had to follow whatever design offered 100%.Boleh je tukar ikut suka hati,Tapi susah!For me lah.Yang expert tu mesti senang je kan.

Nak dijadikan cerita,dah lama dah aku nak tukar ke simple template,tapi???Bila aku bukak je nak edit html,I was like APA INI????? I try to find easy code for me to edit,but I can't.All I can see ulat-ulat huruf coding bagai.AHHHH.Aku stress.Then I google lah how to edit those html coding kan,Then I found it.Click on it!!!.



Aku tak perasan yg nombor bawah 13 tu  dah 600++.So bila dah click,Jumpa la coding yang biasa aku guna.One more thing yg aku sakit hati bila aku nak cari code kan.Biasa kita tekan ctrl+f then akan keluar kotak kat atas tu kan.Macam ni.


Bila aku nak cari code for example h2 tu kan,Pakai yg kat atas tu memang tak kan jumpa,Yg tu lah aku guna dulu,Haram jadah tak dapat apa.Then malam pertama lepas aku tukar (ish bukan malam pertama tu lah!! Nakal..:P) lepas aku tukar pi simple template.Tekan punya tekan ,then dapat lah kotak search dalam coding box tu,dengan syarat korang kena la click something in that box baru la ctrl+f.


Betul lah kata orang hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.Dalam bahasa aku,kau nak kau buat,kau taknak kau bagi alasan.Noktah!Senang kan nak faham.Segala bagai tutorial ni majoriti aku ambil dari blog kak Lyssa,A famous name bila kau google tutorial blog.Serius tutorial dia semua senang nak catch up.Tapi ada je tutorial yg aku ikut tak jadi,Pasal tu,aku kena google orang lain punya tutorial pulak,ACHIEVEMENT UNLOCKED.Kalau tak jadi jugak,Aku kena check coding tu one by one apa yg tak kena.Fuh.Dapat alhamdulillah.LEVEL UP.Kalau tak dapat.Aku nak jugak cari sampai dapat.Bak kata pepatah yg aku cakap tu la.Dalam versi Sabah pulak.
Kau mau,kau buat,kau nda mau,kau mintak puji situ temberang  pemalas macam apa sejjak situ,
Nah.Lain sikit kan bunyinya.Tapi takpa.Maksud sampai jugak kan?KahKah.


LEpas ni aku dah boleh update new entry dengan bahagianya.InsyaAllah.Dengan wajah baru blog iolls.Korang rajin-rajin click la nuffnang aku ye.Hikhik.


Hendak seribu daya.Tak hendak seribu dalih.Disaat kau tidak mahu mencuba.Ada orang lain yang tidak berputus asa untuk terus mencuba,Dan ketika itu jugaklah orang itu menambah ilmunya.Dan kau??Masih disitu lagi termenung membuang masa tiada kemajuan diri.:)


20 Aug 2014

Aiskrim Sedap Dan Mudah

Assalamulaikum.

Ya Allah.Tengok last updated entry bila? February?Blogger kah namanya kalau update blog nak hampir setahun sekali.Ok la.Alasan masih sama.Takda masa tapi idea bersepah.Baiklah.Taknak banyak buang masa,memandangkan aku baru cuti sem,InsyaAllah banyak lah aku update entry ye.Untuk hari ini aku nak share resepi aiskrim!Aku dah lama nak makan aiskrim.Disebabkan duduk rumah takda nak buat apa.Iolls google je la.Dunia hujung jari katakan.found it!!So aku dengan baik hatinya nak share dengan kalian semua.Try tau.Sebab benda ni sangat2 senang dan sangat membahagiakan bila bahan2 ada kat rumah.



Supposedly I want to try oreo icecream.Ahh!!Lupa nak beli oreo.tapi nak makan asikirm jugak.Then I just add this cylinder thing with milo.Dont bash me ya.takkan aku nak buang milo yg memang dah berkurun dalam almari abang aku kat rumah ni kan.uolls semua tahu kan how to boycott with hikmah.Ok lets start our job.



Bahan-bahan

1/2  tin susu pekat (saiz medium tu)
1     tin susu cair
1     sudu teh esen vanila
1     sudu ovalette
1     biji telur
perisa or color


Ok dah prepare?
Bismillah.
Campur semua bahan2 atas tu kecuali perisa or color yang korang nak letak.Kacau guna mixer / guna blender pun boleh.Biar dia dalam 20 minit.Dah selesai 20 minit.Letak dalam bekas.Korang boleh bahagi2 berapa2 korang nak perisa.Dah letak dalam bekas masing2.Letaklah perisa korang kan.Kalau aku,aku  letak milo dan benda cylinder tu,Kalau korang nak letak biskut oreo tu,pastikan hancurkan dia dulu tau.Kalau oreo,For sure rasa macam oreo mcflurry.Perghh!.so tak payah lah korang nak ke Mcd untuk beli aiskrim tu,dah boleh buat sendiri, KAN BOIKOT???
Oh ya peringatan,Yang tentukan kemanisan aiskrim korang tu adalah susu pekat,Bagi yg tak suka manis.Letak 1/4 tin tu pun aku rasa ok dah.Manis sangat tak elok.


Ok.Bagi terliur sikit.Sedap!!!!Nak makan lagi.hee.Selamt mencuba!!

8 Feb 2014

TAARUF WEEK SEM2 2013/2014

Assalamulaikum,

Entry kali ini mengenai al kisah hidup sebagai first year di UIA(Gombak),untuk adik2 atau sahabat2 yg akan masuk ke UIA insyaAllah diminta ada kecekalan hati dan kesihatan fizikal yang mantap.Entry ni bukan bertujuan nak menakutkan,entry ni hanya untuk perkongsian maklumat yg mungkin dapat membantu.

Jejak sahaja kaki dalam gedung ilmu ni,bergelar la anda student,dan sudah menjadi kebiasaan di mana-mana universiti di seluruh malaysia mengadakan MINGGU ORIENTASI ataupun di UIA dikenali sebagai TAARUF WEEK yg membawa maksud minggu berkenal-kenal. hahaha..pelik sungguh bahasa Kak Jah .

Taaruf Week ni memang biasa senior la yg akan handle kan.Dan dalam masa seminggu kita akan jadi hamba pd senior-senior ni kan, atau pada bahasa baiknya jadi adik-adik dorang.Nak katanya kat sini,taaruf week aku bersyukur sebab 3 hari je,Kenapa 3 hari? sebab cuti tahun baru cina,so Taaruf Commitee memang tak boleh nak buat apa lah,kena ikut jugak kan,so dorang pun kena atur program sehabis daya dan penat lelah.

Bercakap pasal commitee ni,adat dunia ada yg baik ada yg terlebih baik  tidak kurang juga yg macam baru lepas dari ..korang tau la sendiri .Astaghfirullah,hanya tuhan yg tahu.Pesan Kak Jah korang kena ikut la rules n regulation informed earlier by them ok! Kalau tak nahas,aniaya,dapat kat korang!.Sabar untuk seminggu je.Lepas seminggu tu buatlah apa korang nak buat pun,bukan under their power dah,PAK GUARD yg akan perhati korang. Dah besar,sendiri fikir mah.



Gambar atas ni gambar Kak Jah dgn my beloved roomate.Teman seperjuangan katanya.Baju batik purple tu baju batik official batch kami,and we had to wear it in BAI'AH CEREMONY.Bai'ah ceremony ni ialah majlis aku janji(ikrar) as a student in IIUM.



Tak senonoh betul aku dalam gambar ni,ntah apa yg tak senonohnya. Baju purple kuning ni pulak baju official batch kami jugak.Since tak ada masa nak pakai baju ni dalam Taaruf Week,so we decided to wear them in CULTURAL NIGHT.Dimana pada malam tu,semua persatuan kebudayaan yg ada dalam IIUM buat persembahan.They combined and performed such a world class performance. Kak Jah tabek la dgn dorang!!


Tu emcee untuk malam tu,aku duduk center punya,,sedap sikit pemandangan.sbenarnya ada gambar lain.Tapi tak tau gambar yg lain pi mana,PEsan Kak Jah,kalau ada event macam  ni ,pergi!!,Jangan tak pergi.tak menyesal.MEmang best,yang paling best persembahan ZAPIN dan TEATER .ZApin tu dorang combine lagu NOranizah Idris yg tradisional tu dgn lagu Pitbull,memang pergh lah!! serious talk ni beb. LAin lagi persembahan band dan puisi,gamelan,caklempong. Wa saran lu pegi la. 

THe end of this entry,I feel so happy and grateful to be here,as a muslim and as a human insyaALLAH,even this university can't be the best in the universe,but I can see their effort to be the best and the top islamic university. No one can change yourself if dont want to do so.


p/s: Semakin jauh kita menjelajah,semakin ramai org yg kita kenal,semakin banyak karenah org yg kita tahu,semakin terdedah kita dengan dunia luar,semakin mudah kita terpengaruh,Hanya diri sendiri yg dapat ubah kita berbekalkan iman dan ilmu didada.

1 Feb 2014

Pengalaman ---> Pengajaran

Bismillahirahmanirrahim

Assalamulaikum,

Alhamdulillah kini aku secara rasminya bergelar mahasiswa a.k.a student di IIUM Gombak stands for International Islamic University Malaysia atau orang ramai selalu sebut UIA. Sama ja maksud dia.:)
Now I'm currently taking Bachelor In Engineering (Electronic-Computer and Information) insyaAllah.Moga Allah permudahkan segala urusan.

Berbalik ke cerita asal yg nak dikongsi.Peristiwa dalam hidupku iaitu  untuk pertama kalinya  aku berurusan sendiri utk sampai ke Karak (rumah abg) daripada Tawau Sabah (hometown). Bermula lah cerita bila aku dpt tahu aku akan balik ke hometown last year.Betapa gembiranya hati.Tak nak menyusahkan si abg yg sibuk dgn jadual kerjanya,aku pun buat keputusan naik bas dr Bandar Karak pi Kuala Lumpur.Yup,I did it. Hanya dgn membonceng motosikal abg aku dgn  tiga buah beg. Satu beg galas,satu beg besar,satu beg letak kat bahu. Bukan tak nak pakai kereta,kebetulan masa aku nak naik bas sama dgn masa abg aku nak pergi kerja, So,jadi minah bonceng la aku dgn tiga buah beg yg agak jugak la beratnya.

By only taking bus to Pekeliling,it was too normal for me since masa kat CFS dulu memang akan ambil bas kat situ kan. That day was really different,aku kena naik bas dr Karak pi Pekeliling,dr Pekeliling naik monorel stesen Titiwangsa.Sampai Masjid Jamek tukar pulak naik LRT pi KL Sentral.
Di KL Sentral,I arrived early since I afraid that I'll miss buses yg pi LCCT.My sister promise me she'll accompany me there since I never taking bus from KL Sentral to LCCT.

Sesampainya aku kat KL Sentral tu my sister said that she'll arrive a little bit late since it was raining hardly at her place.Aku kat KL Sentral tu dah serupa PATI yg tengah tunggu bos yg aku tak kenal,PATI yg first time sampai kat Malaysia.Dgn beg diheret ke sana ke mari.And my mom kat Sabah keep calling me because she worried about me yg sorang2 kat KL Sentral tu.My mom punya risau sampai dia suruh pi rumah pacik kat Setiawangsa.Mak aku terus2 call and my sister pun tak sampai2 dalam masa yg sama aku nak kencing.Mcm mana aku nak pi toilet dgn barang2 aku yg byk gila tu.Ohmaigaddd. Dalam keadaan stress begitu la aku rasa pelbagai rasa,.Airmata nak mengalir dah,aku tahan.Nanti mengalir karang pelik pulak org.
"Kena tinggal pakwe ke nak?"
"Sesat ke?"
"Nak ke mana?"

Dalam fikiran aku yg tak menentu  dalam surau masa tu,aku pun mengheret beg2 aku pi toilet.Aku risau beg2 aku kena curi since makcik cleaner tu dah ingatkan aku. Sesampainya aku kat toilet. Pergh! Org beratur punya ramai.Tempat besar toilet sikit.Apa ceritaaaa??!! 

Nak dekat sejam setengah ke dua jam jugak la aku tunggu my sister datang pi sekali naik bas pi LCCT.Naik bas pi LCCT aku tak risau sangat. Aku boleh insyaAllah.Masalahnya sekarang ni,aku kena bermalam kat airport tu,siapa nak teman aku??Gila wei,macam macam Aznil boleh jadi.

Sampai2 ja akak aku,terus pi ambil bas,Dalam bas bercerita, Rupa-rupanya dua2 nangis sebab my mom called both of us. Disebabkan kerisauan mak kami buat beliau tension sekaligus bagi kami tension tu.If all of u know what I mean.

Sampai LCCT,makan bekalan makanan yg dibwak dari rumah.Stay kat Restoran yg dekat dgn airport tu.




Alhamdulillah selamat  kami sampai.Sampai agak pukul 9 malam kat LCCT.Kena tunggu agak2 8 jam utk ke pagi sebab my flight pukul 7.15. tapi kan kita kena check in awal.Subhanallah,ujian memang ujian.
Masa kat airport tu ada sorang sebaya abg aku jugak la tumpang cas phone kat laptop aku sebab tak dak suis yg elok melainkan suis yg aku pasang charger laptop aku.TEEHEE  
Dia kongsi ceritanya semasa belajar and kerja dia.Siap bagi nasihat lagi Alhamdulillah.

Alhamdulillah seat tepi tingkap Iolls dapat.


Sampai di airport Tawau,kebahagian keterujaan semua ada.Kisah di Tawau akan dikongsi dalam entry yg berlainan.:)
Entry akan bersambung.





p/s: Dalam diri kena ada keyakinan utk buat pembaharuan yg mungkin agak sukar pada mulanya tapi memberi kesan jangka masa panjang yg memanfaatkan semua org.